Khamis, 3 Disember 2009

ruam lampin

hari ini tgh selidik tentang ruam lampin baby pastu saya jumpa lah actical nie...tue yang saya share tue. saya nie anak dara lagi tertapi selalu fikir pasal baby.hehheeee berat sebenarnya tanggung jawab ibu bapa nie bila nak besarkan bayi terutama sekali pada zaman sekarang nie yang mempunyai cost yang tinggi.aduh leh sakit jiwa dijawabnya...

mcm mane lah saya nantikan klu boleh x nak lah nanti saya nak membesarkan anak2 sampai saya pun tidak cukup belanja.kalau boleh saya nak sediakan yang terbaik untuk anak-anak saya terutama sekali dalam hal didikan agama dan dunia

bayi biase terkene ruam lampin kadang-kadang terkena ruam susu lagi lah parah..kesian betul baby tue kecik-kecik dah merase sakit yang amat kan sedangkan kite yag besar nie melacet sedikit dh sedih tak tahan sakit.



Ruam lampin (nappy rash, napkin rash, diaper rash) ialah ruam-ruam merah di kawasan kemaluan dan punggung. Sebagaimana namanya, ia kerap berlaku pada kanak-kanak terutamanya bayi.


baby terkene ruam lampin biasenya disebabkan :-

Air kencing

Bahagian punggung dan kemaluan yang basah akibat air kencing adalah penyebab ruam lampin yang kerap. Ini berlaku bila air kencing tersebut bertindakbalas untuk menghasilkan ammonia dan acetone. Bahan-bahan inilah yang menyebabkan iritasi kepada kulit bayi yang lembut itu. Ia bertindak dengan memecahkan lapisan pelindung yang biasanya dihasilkan oleh kulit. Akhirnya, kulit menjadi merah dan mungkin membengkak. Ini juga memberikan laluan kepada kuman dan kulat untuk menyerang kawasan kulit berkaitan.

Oleh kerana faktor kelembapan, jangkitan yang paling kerap berlaku dalam kes ini ialah jangkitan kulat seperti kulat Candida albicans. Dalam keadaan ini, ruam akan membentuk kluster (kelompok-kelompok) di kawasan terbabit. Jangkitan kulat juga adalah lebih kerap sekiranya bayi tersebut sedang diberikan ubat antibiotik.

Jangkitan kuman (bakteria) pula akan lebih mudah berlaku sekiranya kulit menjadi luka atau mengelepuh. Selalunya ia akan bernanah.

Sabun dan bahan kimia

Ruam mungkin juga berlaku akibat sabun yang tertinggal semasa mencuci pakaian bayi.. Kulit bayi yang sensitif terdedah kepada bahan kimia dari sabun tersebut. Bayi yang mempunyai kulit yang lebih sensitif berbanding bayi biasa akan menunjukkan reaksi yang lebih kuat lagi. Bahan kimia di dalam baby wipes tertentu juga boleh menyebabkan ruam lampin.jadi kepada ibu-ibu dinasihatkan membilas kain dengan betul dan sempurna sehingga sabun tiada lagi tertinggal dibaju bayi.jangan beralasan malas kerana kesalahan yg kecil ini anak-anak anda yang terkena sakit. kesian baby tue. dah jadi ibu tidak boleh malas-malas.

Najis

Najis yang dibiarkan lama tidak dicuci juga boleh menyebabkan ruam di samping kesan-kesan lain seperti jangkitan kuman. Ini lebih kerap berlaku sekiranya bayi mengalami masalah cirit-birit. ibu-ibu seharusnya menukar lampin dengan segera terutamanya selepas mereka buang air besar dan bila pampes dah agak lama terus tukar yang baru jangan dah bocur pampes tue baru nak tukar.jangan disebabkan sayang pampes anak-anak berana.

Rawatan

  • Gunakan pencuci yang lembut dan khusus untuk kulit sensitif seperti Sebamed, Aqua Dermis, Balneum, Oilatum, dsb. Ia boleh digunakan semasa mandi.

  • Gunakan krim yang mengandungi steroid yang ringan seperti hydrocortisone untuk membantu mengurangkan bengkak, inflamasi dan ruam merah. Selain daripada hydrocortisone, krim yang lebih lembut seperti Calamine, zink oksida (Drapolene) dan sebagainya juga boleh digunakan.

  • Sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan kulat, gunakan krim yang mengandungi anti-kulat. Pelbagai jenama di pasaran mempunyai kombinasi anti-kulat dengan hydrocortisone.

Langkah-langkah pencegahan

  • Sekiranya boleh, buka lampin supaya peredaran udara di kawasan punggung dan kemaluan lancar. Lakukan ini dalam masa lebih kurang sejam setiap hari.

  • Pastikan bahagian terbabit sentiasa kering dengan menggunakan lampin berkualiti tinggi.

  • Basuh kawasan terbabit bila menukar lampin dan biarkan ia kering sebelum memakaikannya dengan lampin yang baru.

  • Sapukan bedak yang bersesuaian seperti Cornstarch ataupun bedak-bedak ruam lain yang banyak di pasaran. Ada juga bedak di pasaran yang mengandungi zink oksida (sila lihat di bawah) dan antiseptik (seperti cetrimide, chlorhexidine) untuk mencegah jangkitan kuman (lihat di atas).

  • Gunakan krim penghalang (barrier cream) semasa menukar lampin. Ia boleh mencegah ruam lampin berlaku. Krim jenis ini selalunya mengandungi silikon. Antara jenama di pasaran ialah Baby Shield. Produk lain yang boleh digunakan ialah produk yang mengandungi zink (oksida).

  • Gunakan sabun basuh yang khusus untuk mencuci lampin dan pakaian bayi.

Perhatian:

  • Jangan gunakan bedak biasa semasa menukar lampin

  • Sekiranya ingin menggunakan bedak (Cornstarch), gunakan dengan berhati-hati kerana serbuk bedak boleh memasuki paru-paru bayi.

petua-petua untuk ruam baby

gunakan minyak zaitun dan minyak kelapa cara mengunakannya selepas mandi lap baby sehingga betul2 kering lepas tue sapu minyak tersebut, lagukan setiap lepas mandi.insyaalah anak anda akan sihat hendaknya..


sampai disini dulu catatan saya untuk hari ini

#anak dara : nak anak-anak yang comel sangat-sangat macam muke jepun...hehhehe